Yuki Kajiura

Yuki Kajiura (梶浦由記, Kajiura Yuki) yang lahir pada 6 Ogos 1965 di Tokyo, Jepun, merupakan seorang penggubal lagu dan penerbit muzik dari Jepun. Dia telah menyediakan runut muzik untuk beberapa siri anime yang popular, seperti Madlax, Noir, .hack//SIGN, Aquarian Age, My-HiME, Pandora Hearts, My-Otome, Tsubasa Chronicle, salah satu filem Kimagure Orange Road dan sebagainya. Dia juga pernah membantu Toshihiko Sahashi dengan Mobile Suit Gundam SEED dan Mobile Suit Gundam SEED Destiny. Kajiura turut pernah menggubal lagu untuk siri permainan video Xenosaga, iaitu Xenosaga II dan Xenosaga III. Dia sedang tinggal di Tokyo.Kajiura pernah menjadi salah seorang ahli kumpulan muzik See-Saw.